Dah bekerja hampir 10 tahun, majikan hadiahkan jam rolex bernilai RM35k pada makcik cleaner berusia 67 tahun

Sebuah kumpulan restoran di Singapura, Paradise Group baru-baru ini menjadi perhatian selepas menghadiahkan seutas jam tangan berjenama mewah, Rolex kepada pekerja yang telah berkhidmat untuk tempoh yang lama dengan kumpulan berkenaan. Dalam acara makan malam tahunan kumpulan berkenaan baru-baru ini, 98 utas jam Rolex yang berharga sekitar SGD10,000 (RM34,426) telah dihadiahkan kepada pekerja yang telah lama berkhidmat dengan mereka tanpa mengira jawatan. Salah seorang yang menerima jam tersebut adalah seorang ‘makcik cleaner’ berusia 67 tahun, Tan Ai Tee yang telah berkhidmat selama 10 tahun dengan kumpulan restoran berkenaan.

Menurut laporan, Tan mula bekerja seawal usia 16 tahun dan melakukan pelbagai kerja termasuklah menjual nasi ayam, memasang alatan komputer dan pernah juga bekerja sebagai pembantu jualan. Tambah Tan lagi, dia mula berkhidmat di Paradise Group pada tahun 2013 sebagai kakitangan dapur di salah sebuah restoran makanan laut milik kumpulan berkenaan sehingga ianya ditutup pada 2016. “Saya terharu dan gembira kerana bos menghargai saya sepanjang di sini. Tak sangka pekerja separuh masa seperti saya dapat juga jam ini”. Selepas itu, dia menjadi petugas pembersihan di ibu pejabat Paradise Group, bekerja untuk lima hari seminggu bermula jam 8 pagi sehingga 2 petang.

Tambahnya lagi, dia menganggap syarikat berkenaan sebagai ‘keluarga’ dan tidak sampai hati untuk tinggalkan mereka walaupun pada awalnya ingin berbuat demikian untuk menjaga anak mereka selepas suaminya bersara. Menurut Tan lagi, ini bukanlah kali pertama dia menerima hadiah penghargaan kerana dia pernah menerima jongkong emas seberat 2.5 gram selepas 5 tahun berkhidmat, dan sebuah lagi jongkong emas seberat 5 gram selepas 8 tahun disana.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.