Ramai lagi yang tak tahu, ini beberapa sebab makanan dalam kapal terbang rasa lain berbanding di darat

Kenapa makanan yang sama korang makan dalam kapal terbang tadi tak sama rasa dia bila korang makan semula dekat atas darat? Tadi dekat dalam flight rasa dia macam sedap je, tapi bila turun biasa je? Atau pun sebaliknya… Macam contohnya, ada orang cakap nasi lemak Air Asia punyalah sedap bila makan dalam flight, tapi bila pergi kedai dia biasa-biasa je. Betul ke ni? Kalau korang nak tahu, ada banyak sebab kenapa makanan dan minuman yang kita ambil dalam kapal terbang rasanya lain dari apa yang kita rasa bila di darat, antaranya adalah…

Kering dan tekanan rendah. Bila korang masuk dalam kapal terbang, atmosfera dalam kabin akan memberi kesan kepada korang punya deria bau dulu. Kemudian bila kapal terbang semakin tinggi, tekanan udara akan jatuh sementara kadar kelembapan di dalam kabin menjunam. Pada ketinggian 30,000 kaki, kelembapan akan berkurang sebanyak 12% di mana ia lebih kering dari kebanyakan padang pasir.

Gabungan di antara kekeringan dan tekanan rendah ini akan mengurangkan sensitiviti deria rasa manis dan masin korang kepada 30%. Menurut satu kajian yang dibuat, rasa lain seperti masam, pahit dan pedas tidak terkesan. Kesan kepada deria bau juga turut membuatkan makanan di dalam kapal terbang rasa sangat hambar jadi kebanyakan syarikat makanan untuk penerbangan akan menambah perisa lebih banyak berbanding di restoran.

Makanan dihasilkan secara besar-besaran. Bukan sahaja keadaan di dalam kabin diambil kira, menyediakan dan menghidangkan makanan yang sedap untuk beratus-ratus orang di atas udara juga bukanlah satu perkara yang mudah. Disebabkan perlu mengikut piawaian kesihatan makanan, kesemua makanan perlu dimasak di darat. Makanan-makanan yang disediakan ini pula akan dipek, disejukkan dan akhirnya perlu dipanaskan semula di atas udara. Kesemua proses ini turut mengubah rasa makanan yang disediakan lebih awal.

Bunyi bising. Satu kajian dari Universiti Cornell mendedahkan bahawa deria rasa kita lebih-lebih lagi terhadap rasa manis dan umami akan terkesan dengan suasana bunyi bising seperti di dalam kapal terbang. Ini adalah salah satu sebab kenapa korang akan rasa makanan yang mempunyai perisa yang kuat seperti kari akan rasa lebih sedap berbanding kek strawberi.

Sudu plastik. Biasanya bila korang naik kapal terbang, dorang akan sedia sudu dan garfu plastik. Jadi bila menggunakan sudu dan garfu plastik, makanan perlu dihidangkan dalam bentu yang kecil atau lembut supaya ia mudah untuk dipotong. Sebab tu kadang-kadang korang akan dapat sayur yang terlebih masak atau daging yang dipotong sampai dah tak nampak rupa daging.

Rasa penat. Kalau korang naik kapal terbang untuk perjalanan yang jauh, biasanya korang akan naik kapal terbang dalam keadaan yang letih. Jadi bila korang dah letih, selera nak makan pun makin berkurang. Jadi memang tak peliklah kalau makanan yang korang makan tu rasa tak sedap. Jadi, bila kesemua faktor-faktor ni bergabung, maka terjawablah persoalan korang kenapa makanan dalam kapal terbang rasa lain berbanding di darat. Tapi selalunya makanan dalam kapal terbang di Asia lebih sedap tau dari kapal terbang Amerika. Mungkin sebab kita punya makanan lagi banyak perisa.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.