Ameera Khan selalu kena kritik dengan warganet, Neelofa akui dah tegur adik sendiri secara peribadi

SETIAP kali kontroversi membabitkan personaliti media sosial Ameera Khan menjadi bualan warganet, pasti nama kakaknya iaitu Noor Neelofa terpalit sama. Sehinggakan ada warganet mendakwa Neelofa sekadar menutup mata dengan tindakan dan perbuatan adiknya itu. Tampil menjawab mengenai perkara itu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkata dia sudah memainkan peranan sebagai kakak dengan memberikan nasihat. “Saya lebih mengenali adik saya macam mana, saya pun mainkan peranan sebagai kakak yang lebih berusia dengan bercakap dan berbincang bagi dia faham apa yang dibuat betul atau salah.

“Saya tak nak cakap lebih-lebih kerana bagi saya ia privasi kami. Tapi apa yang boleh saya katakan kami semua tidak berdiam diri. Saya sokong apa yang baik dan tegur apa yang tidak,” katanya. Bukan itu sahaja, Neelofa juga menyangkal dakwaan ahli keluarganya gemar mencetuskan kontroversi selepas lama menyepi daripada cerita panas. Sebaliknya, warganet yang gemar mengorek kisah peribadi mereka. “Orang sekarang dah bijak, bukan macam dulu kena cari majalah untuk baca. Semua orang sangat pandai menilai, peminat akan tahu macam mana cara seseorang itu cari kontroversi.

“Kalau orang itu tak buat apa-apa tapi orang nak tahu cerita dia itu pun ada juga, jadi mereka sendirilah yang kena pandai menilai. Yang saya tahu keluarga saya tak ada seorang pun yang mencari populariti… tapi orang yang cari cerita kami,” kongsinya. Sebelum ini, nama Ameera atau Nur Ameera Khan, 23, menjadi bualan warganet apabila dia memuat naik foto menggantung baju dalam di balkoni sebuah hotel. Bukan itu sahaja, aksi Ameera bersenam bersama jurulatih lelaki juga menjadi bualan beru-baru ini.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.