Akui diri sangat sensitif, rupanya sebelum merajuk Ernie Zakri akan bagi tahu Syamel dulu

Sebut saja nama Ernie Zakri, sememangnya ramai mengenali penyanyi yang memiliki vokal yang mantap itu dan juga merupakan guru vokal. Ernie ada berkongsikan beberapa perkara yang ramai tidak tahu mengenai dirinya. Menurut Ernie, setiap kali nak merajuk dia akan beritahu terlebih dahulu. “Saya suka bagi tahu Syamel saya nak merajuk dulu. Maksudnya, saya akan cakap ‘ B saya nak merajuk, dia kan okay B merajuklah. Saya nak bagi tahu siap-siap supaya dia tahu kenapa saya moody satu hari,” katanya. Sementara itu, Ernie mengakui dia seorang yang sangat sensitif sehinggakan melihat gambar kucing atau anak pun boleh mengalirkan air mata.

“Saya seorang yang penyedih. Saya seorang yang sangat sangat sensitif. Tengok gambar kucing pun boleh nangis, tengok gambar anak pun boleh nangis mungkin sebab dah jadi ibu-ibu,” katanya. Untuk rekod, Ernie mendirikan rumah tangga dengan Syamel  mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 di Masjid Puncak Alam, Selangor. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 22 Februari tahun lalu. Sumber Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.