Tengah mengenali hati budi seseorang, tular video Nabila Razali pergi Genting Highlands dengan lelaki berjambang

PENYANYI Nabila Razali tidak melihat penularan rakaman dia bersama seorang jejaka sedang bersiar-siar di Genting Highlands sebagai isu yang patut diperbesarkan. Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, berkata, perkara itu mendapat perhatian mungkin disebabkan statusnya sebagai seorang selebriti dan peminat sentiasa ingin mengambil tahu mengenainya. “Sebenarnya tiada isu pun saya mahu keluar dengan siapa sebab saya berkawan dengan ramai orang. “Khai Bahar pun saya pernah keluar bersama, mungkin disebabkan saya ini selebriti maka apa saya lakukan akan menjadi perhatian ramai,” katanya.

Nabila menjelaskan perkara tersebut selepas tular rakaman peminat di media sosial menunjukkan dia sedang berjalan berdua-duaan dengan seorang lelaki di pusat peranginan berkenaan. Dalam video tersebut, Nabila tidak cuba berselindung ketika sedang berjalan dengan lelaki berjambang itu. Mengulas lanjut mengenai jejaka bersamanya, Nabila enggan mengulas lanjut namun dalam nada gurau mengakui sedang mengenali hati seseorang. Penyanyi lagu Peluang Kedua ini juga turut tidak menolak sekiranya lelaki dimaksudkan adalah rakan sekerja yang bakal membuat penampilan khas dalam karya terbaharu akan datang.

“Buat masa ini biarlah saya sahaja yang tahu. Biar orang terus berteka-teki. “Saya tak boleh nak beritahu apa-apa sekarang. Mungkin juga gimik untuk lagu akan datang. Jadi teruslah ikut perkembangan kerjaya seni saya,” katanya. Tambah Nabila, buat masa ini dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menamatkan zaman bujang sebaliknya mahu memberi fokus kepada karier. “Sekarang ini saya hanya fokus diri sendiri dan kerjaya dahulu. Soal jodoh itu kita tidak tahu. “Terus doakan yang terbaik. Saya juga berharap peminat terus memberi fokus kepada kerjaya seni,” jelasnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.