Tetap dengan pendirian untuk kekalkan nama sebagai Mamat Sepah, rupanya ini sebab yang buatkan dia tak nak tukar nama

Pelawak dan pelakon Mamat tetap dengan pendiriannnya untuk mengekalkan namanya sebagai ‘Mamat Sepah’. Menurut Mamat, nama ‘Sepah’ telah membawa tuah dan mengubah hidupnya terutama dalam indsutri seni. “Untuk menukar nama itu tidak mungkin, sebab Sepah itu nama yang ‘luck’ untuk saya sendiri. Jadi saya tetap akan kekal dengan nama Mamat Sepah sebab orang kenal saya dari dulu dengan itu. Lagipun pertandingan Mega Spontan yang saya sertai ini hanya satu program. Tapi kalau orang nak panggil saya apa-apa pun saya okay. Apa-apa pun saya tetap dengan pendirian tidak akan menukar.

Itu yang nama pertama yang saya dapat ketika masuk industri, jadi saya akan kekal dengan nama itu.” Bagaimanapun, menurut Mamat dia pernah terdetik untuk mengubah nama berkenaan 12 tahun lalu. “Masa berpecah itu ada la terfikir nak tukar tapi 12 tahun lepas. Tapi buat apa, sia-sia saja. Kawan saya pun cakap tak payah sebab dah memang nama saya. Lagipun ada nama Sepahtu, jadi saya tak menganggu pun nama Sepah. Dalam pada itu, pelawak berasal Johor itu turut menganggap nama ‘Sepah’ yang dicipta untuk kumpulannya dahulu bersama pelawak Shuib dan Jep telah membawa banyak kenangan manis.

“Nama Sepah itu memberi kenangan yang manis untuk saya walaupun ada pahitnya. Tapi walaupun hanya Sepah, dia akan manis sampai bila-bila. Nama itu yang saya cipta untuk kumpulan saya. Saya berjaya dengan nama itu juga dan bila di atas pentas ini pun nama saya masih sama. Dekat media sosial pun saya masih kekal dengan nama itu.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.