Pekin Ibrahim redha bila kereta baru je sampai Malaysia teribat dengan kejadian tak diingini, rupanya yang bawa kereta tu kawan dia

Pelakon filem Bunohan, Pekin Ibrahim reda apabila keretanya yang baru sahaja tiba di Malaysia mengalami kejadian tak diingini sehingga total lost. Kereta GR Yaris Kansai D1 Edition itu dilaporkan terlibat dalam kejadian di Putra Height baru-baru ini. Dalam akaun TikTok miliknya, Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan memberitahu bahawa kereta tersebut tidak dipandu olehnya pada ketika itu, sebaliknya ia dipandu rakan yang dikenali sebagai Amirul.

“Tiga orang berada dalam kereta itu ketika kejadian, abang Arif yang duduk di sebelah pemandu dan Faiz duduk di belakang, manakala Amirul yang memandu. Alhamdulillah semua selamat walaupun alami kelukaan termasuk patah bahu. Doakan mereka semua cepat sembuh,” katanya. Walaupun kehilangan itu amat besar buatnya, namun dia meminta agar tiada pihak yang bercakap buruk mengenai kejadian itu termasuk ura-ura yang mengatakan mereka terbabit dalam kejadian itu kerana berlumba. Klik sini untuk lihat video.

“Berhenti sebarkan perkara yang bukan-bukan. Benda berlaku sekelip mata, semua qada dan qadar. Insurans akan cover, Insya-ALLAH. Kami akan bincang selepas semuanya sihat. Harap doakan yang baik-baik,” ujarnya lagi. Selain itu, dia berterima kasih kepada semua yang bertanyakan khabarnya dan mengambil berat tentangnya. Pelakon filem francais Rock Oo itu turut menitipkan pesanan kepada semua orang di luar sana agar berhati-hati ketika memandu dan sentiasa beringat jika memandu kereta kawan.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.