Sejak ayah pergi menghadap illahi oyen tunjukkan perubahan ketara, terkejut oyen sampai hilang selera makan

SAMA seperti manusia, kucing juga sebenarnya mempunyai perasaan sayang dan rindu kepada individu yang rapat dengannya. Begitulah juga dengan si bulus bernama Oyen yang dipelihara oleh keluarga Siti Aliah Kassim. Haiwan tersebut menunjukkan perubahan yang ketara sejak dua minggu lalu, susulan pemergian bapa Siti Aliah, iaitu Allahyarham Kassim Othman, 66, pada 29 Jun lalu. Menerusi beberapa rakaman video yang dikongsikan oleh Siti Aliah di TikTok, Oyen kelihatan murung, banyak menghabiskan masa dengan tidur dan tidak aktif seperti selalunya.

Berkongsi cerita, Siti Aliah berkata Oyen sememangnya terlalu rapat dengan arwah bapanya berbanding dia dan ahli keluarga lain di rumah. “Oyen ni sebenarnya kucing jiran yang kerap bertandang ke rumah. Kami memang meletakkan makanan kucing di luar untuk mana-mana kucing yang singgah. “Tapi Oyen ni special sikit… ia dah macam kucing sendiri, bebas keluar masuk rumah malah sangat manja dengan arwah abah. Abah pula dah pencen, memang sentiasa ada masa melayannya.”Kalau dengan abah, tak payah panggil pun ia datang sendiri bermanja. Kalau dengan kami, nak belai sekejap pun payah sebab ia akan lari.

“Dipendekkan cerita, abah dimasukkan ke hospital kerana jatuh sakit dan pergi menghadap illahi selepas seminggu dirawat. Kami balik rumah dengan membawa jenzh. “Kiranya seminggu Oyen tak jumpa arwah abah… apabila kami balik, ia mengiau-ngiau mencari mungkin sebab ingat abah balik sekali,” kongsinya. Sehari selepas bapa Siti Aliah pergi menghadap illahi, si bulus itu masih mengiau-ngiau dan menghidu tempat arwah selalu berbaring. Berubah menjadi tidak aktif seperti selalu, Siti Aliah juga berkata selera makan Oyen turut terjejas.

“Saya sebenarnya tak dapat menjangka perubahan Oyen ada kaitan dengan arwah abah. Sebab inilah kali pertama kami kehilangan ahli keluarga paling dekat. Saya agak mungkin Oyen rindu arwah sebagaimana kami… jadi kami cuba juga bagi baju abah. Oyen cium-cium juga tapi tetap murung. Pandangannya macam kosong. Akhirnya kami cuba bawa ia ke kbr arwah. Dekat kbr tu ia mengiau-ngiau mungkin nak cuba sampaikan sesuatu. Alhamdulillah selepas bawa ke kubur, nampak sedikit perubahan positif pada Oyen.

“Sepertinya ia puas dapat ziarah kubur arwah abah,” ujar Siti Aliah yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah di Rawang, Selangor. Tidak menyangka perkongsian videonya menjadi tular, Siti Aliah melahirkan rasa terharu dengan komen, kata-kata semangat dan doa yang dititipkan warga maya. “Ramai juga kongsi kisah kucing mereka yang serupa seperti Oyen. Bagi mereka yang memelihara kucing, peliharalah sebaik-baiknya… kita tak tahu rezeki kita mungkin doa daripadanya juga. “Akhir sekali saya mohon warga maya untuk mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah abah,” akhirinya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.