Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat.
Selain sibuk menguruskan keluarga, Baru-baru ini Tokti baharu sahaja mengeluarkan albumnya yang ke dua puluh diberi nama ‘Sitism’. Album tersebut mengandungi 8 buah lagu baru yang dikeluarkan oleh syarikat Siti Nurhaliza Production Universal Music Group Malaysia.
Afiyah dan Afwa merupakan anak kepada Tokti yang sering mendapat perhatian ramai terutamanya daripada peminat-peminat Tokti. Baru-baru ini, tular satu video di laman tiktok milik @beausiti.byaryaaronz yang meraih perhatian ramai. Video tersebut kini meraih jumlah tontonan sebanyak 529 ribu, 22 ribu tanda suka dan komen sebanyak 8 ratus.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Afiyah yang telah bersiap sambil tersenyum tersipu malu menunggu ibunya, Tokti untuk bersiap. Rata-rata warganet teruja melihat senyuman dari Afiyah itu sama seperti Tokti waktu muda-muda dahulu. Ada juga yang komen bahawa mereka tidak sabar untuk lihat Afiyah membesar dengan cantik dan wajah seperti ibunya.
Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.