Teruk kena kritik dengan warganet sebab video dengan Inspektor Sheila, sekali ini pula penjelasan dari Sharifah Shahira

PENYAMPAI radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah dikritik warganet selepas dia berkongsi video bersama pegawai polis kontroversi iaitu Inspektor Sheila di laman Instagram miliknya. Tersinggung dengan tohmahan dilemparkan tanpa usul periksa, Shahirah atau Shiera, 49, turut meluahkan rasa bengang apabila terdapat individu menuduh stesen radio berkenaan sengaja mengundang Sheila untuk sesi temu bual demi menaikkan rating.”Suria FM tidak temu bual dia (Sheila). Anda semua telah ftnh kononnya kami nak naikkan rating. Dia datang sebab nak melawat dan melihat cara penyampai radio bertugas. Klik sini untuk lihat video.

“Saya muat naik di laman sosial saya, bukan akaun milik Suria FM,” katanya. Shiera menjelaskan perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Khamis. Sebelum itu, Shiera ada berkongsi kehadiran Sheila ke studio Suria FM yang berpakaian skirt pendek dan mereka dilihat berbual di dalam studio bersama seorang lagi penyampai stesen berkenaan, Tyzo. Shiera bagaimanapun telah memadam video tersebut. Dalam pada itu, penyampai segmen Suria Petang itu berhasrat mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya berhubung rakaman berkenaan.

“Ada yang menulis kata-kata kesat dan saya terpaksa padam. Tapi sebelum itu saya sudah screen shot dan akan ambil tindakan. Geram hati saya. “Sebagai manusia kalau dia datang ke tempat kita walaupun pakai skirt pendek atau dia pernah buat silap, saya terima. Mungkin dia akan berubah,” jelasnya. Dalam nada bergurau, Shiera berkata, akibat perkara itu dia berkemungkinan boleh digantung atau diberhentikan kerja kerana perkongsian tersebut. “Saya pula yang kena gantung kerja. Atau mungkin lepas ini berhenti jadi penyampai,” jelasnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.