Tercalon dalam ABPBH, ramai yang terhibur tengok cara Bell Ngasri pancing undi

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) merupakan sebuah acara tahunan yang memberikan penghargaan kepada artis-artis tempatan melalui undi para peminat. Ia merupakan salah satu anugerah yang seratus peratus berdasarkan undi peminat atau dengan kata nama lain anugerah untuk artis yang paling popular (popularity contest). Bell Ngasri merupakan antara artis yang kini sedang mendahului pertandingan tersebut, menurut laporan Berita Harian, Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri difahamkan membolosi kelompok Top 5 kategori Artis Komedi Popular.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pelakon 16 Puasa itu mencuba untuk ‘memancing’ undi ala-ala ahli politik untuk pertandingan tersebut. “Ni pancing undi ke paksa undi @Bell_Ngasri korang tgk sampai abis. Patutla antara undian tertinggi,” tulisnya di kapsyen. Perkongsian pengguna TikTok @acapalam itu memaparkan Bell seakan berkempen dan bertemu dengan orang ramai sambil bergambar bagi mengaut undi. Klik sini untuk lihat video.

Pelakon yang juka dikenali sebagai Barkoba itu dilihat berseloroh dengan peminat-peminatnya dengan mengatakan semua yang mengambil gambar bersamanya harus memberikan undian untuknya. Ramai warganet yang terhibur dengan telatah Bell di pusat beli-belah itu, malah ramai juga yang berharap agar pelakon itu berjaya merangkul anugerah tersebut.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.