Perdana Menteri Malaysia umum peruntukan tambahan bagi pelaksanaan program Jualan Rahmah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan RM50 juta bagi pelaksanaan program Jualan Rahmah sekali gus memastikan inisiatif itu dapat dinikmati oleh rakyat secara menyeluruh. Beliau berkata, menerusi program di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), ia akan diperluaskan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara serta dilaksanakan secara berperingkat.

Kementerian ada usulkan supaya kalau boleh Jualan Rahmah ini diperluaskan di setiap DUN di negara ini supaya dapat dikecapi oleh rakyat. Jadi kita perluaskan program meliputi seluruh negara. Tentunya ia mengambil kos yang lebih dan saya akan pastikan untuk disegerakan pelaksanaannya secara berperingkat. Kita luluskan tambahan RM50 juta ini.

Kalau dana tak cukup, saya akan bincang dengan Menteri Kewangan untuk cari wang tambahan. Kita lakukan ini kerana ia menyentuh secara langsung golongan pendapatan rendah,” katanya berucap merasmikan sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2023 di sini, hari ini.

Tidak ada makna bicara soal rahmah, soal perjuangan, tidak ada erti bicara soal belas kasihan, kalau soal makanan mereka tak terjamin. Sebab itu dalam Belanjawan Madani, saya kata tahun ini 2023 mencatatkan 130,000 keluarga miskin tegar. Saya mesti noktahkan dan kita mahu sasarkan rekod di mana dengan keprihatinan dan belas kasihan dalam kalangan elit, profesional dan bisnes, tiada sebab untuk kita tidak boleh sekurang-kurangnya memberikan keperluan asas untuk komuniti miskin ini,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut mengimbas perbualannya bersama bekas Menteri KPDN, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sewaktu pelaksanaan Program Jualan Rahmah. Saya beritahu Salahuddin bila kerajaan ambil inisiatif ini, ia disambut pihak restoran, kedai dan toko-toko. Saya sangat rasa terharu dan saya bagitahu dia, patut ada satu majlis di mana kita ucap penghargaan kepada mereka (pihak yang terlibat Program Jualan Rahmah).

Tak mungkin kita boleh hidup dengan selesa dan kemudian, ada keluarga di Sarawak atau Kelantan, Kedah atau pinggir Kuala Lumpur tak ada wang beli susu anak, tak cukup wang beli uniform anak. Ini tak harus berlaku di Malaysia tercinta. Beliau berkata, tidak bermakna apabila membicarakan soal perjuangan, rahmah dan belas kasihan, namun soal makanan untuk golongan tersebut tidak terjamin.

Oleh itu, saya harap kerjasama saudara, kita dah capai Ogos nanti, ada beberapa bulan lagi. Saya mahu gerakan ini selain Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan. Saya percaya kementerian ini (KPDN) yang bertanggungjawab secara langsung mampu selenggarakan program ini,” katanya. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.