Kisah dan keputusan setiap selebriti untuk berhijrah sememangnya menarik untuk diikuti kerana menyimpan kisah tersendiri. Tidak dinafikan sebilangan selebriti yang berhijrah dengan memakai tudung dilihat memperoleh rezeki lebih dengan limpahan tawaran kerja.
Itu untuk sebilangan selebriti, tetapi tidak untuk Melly Goeslaw. Dalam satu temubual diĀ Youtube The Sungkars, Melly Goeslaw mengimbau kembali proses penghijrahannya. Katanya, pada saat dia mula membuat keputusan untuk bertudung, dia tidak seperti orang lain yang akan serta merta mendapat pelbagai tawaran.
Tambahnya lagi, dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan selama dua tahun selepas dia memilih untuk bertudung. Selepas itu, pekerjaan pertama datang dari penyanyi agama Opick. Walaupun bayaran yang diterimanya tidak terlalu besar, Melly tetap melakukannya.
Biarpun tidak pernah mendapat pekerjaan, dia tidak pernah menyesali keputusan untuk bertudung malah Melly Goeslaw terus berfikiran positif. Katanya juga, selain berfikiran positif, suaminya merupakan orang kuat yang sentiasa memberikan sokongan terhadapnya.
Bukan itu sahaja, suaminya juga turut memaklumkan perubahan yang berlaku terhadap Melly selepas bertudung apabila dia kelihatan lebih ceria semasa berada di tempat kerja. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.