Datuk Armizan Mohd Ali, memangku tugas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup buat sementara waktu

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan pelantikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, selepas selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Perdana Menteri berkata, ketika ini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali diarahkan untuk memangku tugas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup buat sementara waktu.

Anwar mahu mengambil sedikit masa untuk memilih pengganti Salahuddin berikutan tugasan dan hal ehwal diĀ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara HidupĀ (KPDN) dilihat tidak terjejas ketika ini, namun tidak akan mengambil tempoh terlalu lama. Belum (pelantikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), biar lepas PRN. Kemudian bagi masa saya fikir.

Sementara ini Armizan diberikan tanggungjawab memantau dan menjalankan tugas dan Fuziah (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh) pun dah faham betul (tugasan di KPDN), jadi boleh jalan.

Saya bincang nampak tidak ada gangguan (urusan kementerian). Saya minta juga Armizan tumpu agak lebih sikit di kementerian, dan Fuziah akan bantu.

“Ketua Setiausaha KPDN juga ada. Saya fikir boleh. Saya tidak fikir terlalu lama (melantik menteri yang baharu),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2023 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang baharu, susulan kematian Salahuddin minggu lalu. Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, jam 9.23 malam, pada 23 Julai.

Beliau yang menggagaskan inisiatif Rahmah, dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HSB pada 21 Julai lalu untuk rawatan kecemasan selepas mengalami mual dan muntah-muntah, sebelum pemeriksaan doktor pakar mengesahkan Salahuddin mengalami pendarahan otak.

Beliau kemudiannya menjalani pembedahan pada hari berikutnya, sebelum ditidurkan di bawah pengawasan rapi pakar pembedahan dan perubatan HSB. Salahuddin meninggalkan seorang balu iaitu Datin Seri Fatimah Taha bersama enam anak. Kredit Berita Harian. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.