Ini pula pengakuan Ellie Suriaty belum bertemu pengganti selepas bercerai dengan bekas suami, Azri Iskandar

Ellie juga menganggap tiada lelaki yang berani mendekatinya kerana persepsi yang diberikan terhadap dirinya. Ellie berkata, dia menyerahkan kepada mereka di luar sana untuk mempunyai persepsi tersendiri. Malah, dia juga tidak mempunyai masa kerana memberikan sepenuh fokus terhadap kerjaya dan keluarganya.

Tidak perlulah bercerita mengenai saya. Kenapa tiba-tiba pula bercerita mengenai saya pula? Saya tidak rasa ada lelaki yang berani untuk mendekati atau ‘approach’ saya kerana beberapa persepsi mengenai saya.

“Namun terpulang kepada mereka untuk mempunyai persepsi itu. Apatah lagi saya jarang keluar di tempat yang ramai orang, selalunya atas urusan kerja saja. Jadi, anda rasa saya mempunyai masa untuk semua itu? Rasanya tidaklah,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kekasih bekas suaminya iaitu Dr Azra, Ellie masih menunggu wanita terbabit untuk datang dan bertemu dengan anak-anaknya. Katanya, jika seseorang mahu berada dalam hidup Azri, dia perlulah jujur mengenainya.

Saya dah kata sebelum ini mengenai perkara ini. Kenapa tak muncul lagi? Jika benar wujud, munculkan diri dan kenali anak-anak saya jika dia nak masuk dalam hidup Azri. Jadi, saya doa kepada Allah SWT supaya Azri dikurniakan isteri yang baik dan akan menjaganya juga dengan baik,” katanya.

Ellie dan Azri bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu. Mereka memiliki dua anak iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 14. Menerusi perkahwinan terdahulu, Azri dikurniakan tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31; Farah Qistina, 29; dan Nur Anis Mastura, 27. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.