Kogsikan senarai semak majlis kahwin, Shila Amzah luah rasa teruja menghitung hari untuk bergelar isteri

Umum sedia maklum, penyanyi popular, Shila Amzah atau nama sebenarnya NurShahila Amzah telah mengikat tali pertunangan bersama influencer media sosial, Ubai pada 27 Mei yang lalu dalam sebuah majlis yang sederhana. Bahkan, penyanyi yang berusia 33 tahun itu kini menghitung hari untuk bergelar isteri kepada kekasih hatinya yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Baru-baru ini, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shila di IG storynya, dia berkongsi senarai semak majlis perkahwinan bersama tunangnya, Ubai.

Dalam hantaran tersebut, kelihatan helaian kertas yang menunjukkan beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum majlis itu berlangsung seperti perancangan, produksi, kecantikan, hiburan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, dia turut menzahirkan perasaan gembira dalam melakukan persiapan berkaitan dengan pernikahan yang masih memerlukan beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai hubungan mereka telah terputus dipertengahan jalan namun psekulasi tersebut tidak benar sama sekali selepas Shila memaklumkan hantaran yang dimuat naiknya sebelum ini adalah satu penghargaan buat Ubai dan bukan satu pengakhiran.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.