Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukur meluahkan rasa syukur apabila kemelut rumah tangganya akhirnya menemui titik nokhtah. Ketika ditemui, Shuhada berkata segala beban dan masalahnya sudah diangkat oleh Allah dan akui bersemangat untuk menjalani kehidupan yang baharu. “Alhamdulillah syukur pada Allah kerana telah permudahkan segala urusan, Allah lancarkan semuanya. Saya rasa Allah sudah angkat satu beban dalam hati saya. Kini hidup saya lebih bersemangat lagi, tidak perlu bergantung hidup dengan orang lain. Saya akan lalui dan tempuhi semuanya selepas ini.
“Saya sekarang mahu memberikan fokus pada diri sendiri, nak capai cita-cita saya. Shuhada berkata demikian sejurus selesai prose lafaz talak yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam pada Khamis. Dalam masa sama, Shuhada berkata dia tidak akan menyorokkan berita perceraiannya daripada anak-anaknya. “Saya memang tidak sorok apa-apa dengan anak-anak, mereka tahu yang saya dan Hafidz akan berpisah. Umairah kalau cerita dengan orang lain pun perkara yang sama. Saya kata tidak apa, Allah dah tetapkan sebegitu jalan ceritanya. Allah akan gantikan dengan lebih lagi kegembiraan yang hebat.”
Terdahulu, mahkamah memutuskan Hafidz dan Shuhada sah berpisah talak satu. Sebelum ini, Shuhada memfailkan perpisahan terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu. Bagaimanapun, lafaz talak yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz talak pasangan tersebut. Dalam pada itu, Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melukakan isterinya, Nurul Shuhada di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.
Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kelukaan terhadap Nurul Shuhada dengan menmbk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga isterinya mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri. Sementara itu, prosiding hadanah yang berlangsung 11 Jun lalu juga gagal menemui jalan penyelesaian apabila Hafidz berubah fikiran disaat akhir dan akan bersambung pada 12 September depan. Dalam perkembangan berkaitan, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan untuk Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikitiari.
Namun, Hafidz disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak dibicarakan selepas dimaklumkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru pada 9 Jun lalu. Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.