Ada yang cakap dia sindir busana Sophia Albarakbah, sekali ini respon win dari Bella Astillah

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menafikan komen yang dikongsi pada Instagram Story miliknya baru-baru ini adalah sindiran terhadap busana yang digayakan oleh dramatis Sophia Albarakbah. Ujar Bella, setiap apa yang diletakkan di Instagram Story, waima petikan kata-kata sedih sekalipun tidak semestinya ditujukan kepada sesiapa secara spesifik. “Saya tak nak ulas pasal tu. Macam semua orang tahu, Instagram Story yang saya tulis tidak semestinya ditujukan kepada sesiapa, termasuk quotes. “Sebab akan ada orang tanya saya ada masalah ke kalau saya post quotes berbaur sedih? Saya akan post sahaja quotes yang saya suka. Memang apa yang saya post tidak ada kena mengena dengan sesiapa,” katanya kepada Gempak.

Bella yang ditemui ketika Majlis Tayangan Drama-Drama Baharu Astro di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur semalam, mengulas mengenai andaian warganet yang mendakwa Bella mengkritik pakaian yang dipakai oleh Sophia sebagai Kg.com ketika dramatis itu hadir ke Anugerah Bintang Popular Ke-35 minggu lalu. Selain itu, Bella juga dilihat memuat naik sticker (pelekat) ketawa pada Instagram Story miliknya. Dalam pada itu, Bella mengakui yang dia tidak pernah rimas apabila ramai antara peminat yang ingin mengambil tahu tentang hubungan dia dan suami, Alif Aziz.

“Saya rasa orang faham dan mereka sangat bimbang (jika Bella berkongsi sesuatu di Instagram). Bila saya baca komen, ada yang siap doakan semoga hubungan rumah tangga kami dilindungi Allah SWT. “Saya sebak. Walaupun simple, tapi itu doa yang orang titipkan untuk kami dan ia menunjukkan mereka semua mengambil berat tentang saya,” tutup Bella. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.