Umum sedia maklum, penyanyi Shila Amzah telah pun mengikat tali pertunangan dengan pempengaruh media sosial, Ubai pada bulan Mei lalu. Malah, ramai yang tertanya-tanya bilakah pasangan itu akan diijabkabulkan sehingga adik kepada penyanyi tersebut iaitu Syada Amzah kerap diajukan soalan mengenai perkahwinan kakaknya. Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Syada turut meminta supaya berhenti bertanya kepada dirinya mengenai bila kakaknya akan berkahwin dan dimana majlis tersebut kerana dia tidak tahu.
“Berhenti tanya saya tentang dia (Shila) bila berkahwin, di mana majlis kerana saya betul-betul tidak tahu,” tulisnya. Dalam pada itu, Syada turut meminta pengikutnya supaya tidak forward hantaran yang dibuatnya di Instagram kepada kakak kerana Shila tidak gemar dengan perbuatan berkenaan. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.