Siapa sangka wang simpanan nenek musnah dimakan anai anai.

Seorang lelaki hanya mampu berserah apabila wang simpanan milik neneknya berjumlah RM30,000 musnah dimakan anai-anai. Menerusi perkongsian Khairul Azhar di Facebook, wang itu dikumpul oleh neneknya di dalam sebuah kotak bagi tujuan menunaikan haji pada tahun hadapan.

Hari ini duit yang disimpan oleh nenek saya di kampung untuk tunaikan haji tahun depan sebanyak RM30,000 habis dimakan anai-anai. Separuh saya dah serahkan kepada BNM, kalau masih ada rezeki. Separuh lagi tak dapat di selamatkan,” katanya.

Perkongsiannya itu mendapat reaksi pelbagai daripada orang ramai yang turut terkesan dengan kejadian tersebut. Boleh bawa pergi BNM, walaupun bahagian kecil mereka boleh kesan nilainya,” komen seorang pengguna.

Allahuakbar, lepas ni tak boleh simpan dalam kotak memang tempat anai-anai lah,” ujar Nor Sakiey. Akan datang kena simpan dalam bentuk emas bar. Pengajaran untuk semua juga ni,” pesan Ikin. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.