Tak sangka anggota bomba bakar harta benda kerana bosan.

Seorang anggota bomba di  Ash Fork, Arizona ditahan selepas mencetuskan beberapa kebakaran kerana dia berasa bosan, lapor akhbar New York Post kelmarin. Karson Nutter, 18, mengaku terlibat dalam sekurang-kurangnya tujuh daripada lapan kebakaran yang berlaku di daerah Ash Fork dan Coconino sejak  15 Jun lalu.

Menurut polis, anggota bomba sukarela yang berkhidmat dengan Jabatan Bomba Ash Fork itu mengaku membakar harta benda kerana bosan, mahukan cabaran dan sebagai tindakan membalas dendam terhadap bekas majikannya.  Empat kebakaran melibatkan struktur. Ketika membuat pengakuan, Nutter berkata bahawa dia menyasarkan beberapa buah rumah kosong yang sudah usang,” kata polis.

Nutter kini ditahan di Pusat Tahanan Yavapai. Dia berdepan tiga pertuduhan membakar bangunan, kerosakan jenayah dan lima pertuduhan membuat laporan palsu kepada penguatkuasa undang-undang. – Agensi .Kredit Kosmo. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.