Terubat rindu dengan ank sendiri, Raisuddin Hamzah berjumpa dengan kanak kanak yang wajah mirip Siti Sarah

DETIK pertemuan penyanyi veteran Raisuddin Hamzah dengan seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Miza sedikit sebanyak mengubat kerinduan terhadap anaknya iaitu Allahyarham Siti Sarah. Raisuddin, 67, berkata, ketika melihat sendiri kanak-kanak tersebut, fizikalnya juga saling tidak tumpah dengan arwah anaknya ketika dia kecil. Malah dia turut menganggap Miza sebagai cucunya sendiri meskipun baru pertama kali bertemu.

“Cucu baru atuk. Terubat kerinduan atuk… Gigi pun sama,” katanya ketika berbual dengan kanak-kanak berkenaan. Pertemuan yang dipercayai diadakan di Kedah itu turut ditemani oleh isterinya, Siti Fatimah dan anak sulung Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni. Menerusi video yang dikongsi Siti Fatimah di Instagram miliknya, Uwais turut dilihat malu-malu ketika berbual dengan Miza. Malah Miza juga kelihatan malu-malu dan hanya tersenyum saat Raisuddin berbual dan memujinya.

Sementara itu, penyampai radio Suria FM Shuib turut mengulang siar video berkenaan dan meluahkan hasrat untuk bertemu dengan kanak-kanak berkenaan suatu hari nanti. “Comelnya, macam dia (Sarah) masa kecil. Allah Maha Hebat. Kirim salam pada adik Miza. Ada rezeki kita jumpa nanti,” ujarnya. Dalam satu perkongsian lain, Shuib juga sempat mengadakan sesi video call bersama Miza namun kanak-kanak itu kelihatan segan ketika berbual dengannya. Malah isteri Shuib iaitu Waite Hanifiah turut mengakui wajah Miza sama seperti Allahyarham Siti Sarah.

Untuk rekod, Siti Sarah -pergi menghadap illahi pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 ketika sedang hamil anak bongsunya Ayash Affan. Selain Uwais dan Ayash, mereka juga memiliki dua orang lagi cahaya mata iaitu Dzahira Talita Zahra serta Ariq Matin. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.