Dah 2 tahun kahwin tapi masih belum ada rezeki zuriat, Uqasha Senrose luah rasa sedih bila ada yang cakap dia mandul

PELAKON Uqasha Senrose sedih apabila ada segelintir pengikut di media sosial tergamak mempersoalkan dia belum memiliki cahaya mata selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga. Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 30, berkata, apa membuatkan dia terkilan apabila komen tersebut dibuat oleh kaum wanita sendiri yang tergamak menuduhnya dia mandul. “Saya tidak terlalu terkesan cuma apa membuatkan saya sedih adalah komen tersebut datangnya dari seorang wanita.

“Saya sedih dengan cara percakapan individu berkenaan.” katanya kepada mStar. Uqasha ditemui di pentas akhir program Mega Spontan 2023 pada malam Jumaat bagi memberi sokongan kepada suami, aktor Kamal Adli yang bertindak sebagai mentor kumpulan Srivijanda. Dalam pada itu, Uqasha berkata, sebagai seorang selebriti dia faham apabila dia sentiasa menjadi perhatian dan buah mulut orang namun ada perkara yang tidak sepatutnya dibahaskan di media sosial. Komen tentang isu sensitif pada pandangannya sesuatu yang keterlaluan dan sebagai manusia biasa dia juga ada perasaan sedih apabila warganet mempersoalkan tentang perkara tersebut.

“Agak melampau bila dia komen begitu. Tetapi biarkanlah… selagi tak jumpa secara bersemuka mereka boleh kata apa sahaja. Kamal pun selalu pesan jangan ambil kisah kata-kata orang. Individu yang komen itu pun tidak menggunakan akaun palsu. Selepas komen dia block selepas saya beri respons terhadap komennya,” ujarnya. Berkongsi tentang perancangan ke arah memiliki cahaya mata, Uqasha sentiasa percaya pada rezeki dan ketentuan Allah. Malah dia juga tidak perlu bimbang tentang masalah kesuburan kerana sebelum ini pernah hamil namun mengalami keguguran.

“Semua itu kerja Allah. Sebagai manusia kita hanya mampu usaha sahaja. Saya pun pernah keguguran sebelum ini akibat terlalu banyak bekerja. “Kami sentiasa ikhtiar. Bukannya saya tidak pernah hamil sebelum ini. Tak perlu nak beritahu orang kami sedang berusaha,” jelasnya. Untuk rekod Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.