Serangan tikus sehingga ada yang lebih besar daripada kucing ancaman penduduk Pasir Ris

Penduduk kawasan perumahan Pasir Ris, Singapura ‘diserang’ tikus bersaiz besar selepas tiga atau empat lubang haiwan itu ditemui di kawasan tersebut, lapor portal berita Must Share News hari ini. Menurut laporan, tikus-tikus bersaiz besar itu memenuhi kawasan sekitar dan meninggalkan najis di merata tempat.

Kucing juga dikatakan tidak dapat menghalang haiwan tersebut daripada ‘bermaharajalela’. Menurut akhbar Shin Min Daily News, kawasan  yang terjejas terletak di Pasir Ris Street 21 iaitu antara blok 273 dan 275.

Seorang penduduk berusia 57 tahun yang dikenali sebagai Lee memberitahu akhbar itu bahawa tikus biasanya muncul selepas pukul 11 malam (waktu tempatan).  Kadangkala, lebih 10 ekor tikus akan keluar serentak. Pernah sekali saya melihat seekor tikus yang lebih besar daripada anak kucing,” katanya. – Agensi

Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.