Malaysia dan FIlipina bakal menerokai peluang ekonomi dalam industri halal 

Malaysia dan FIlipina bakal menerokai peluang ekonomi dalam industri halal sebagai usaha memperkukuhkan hubungan dagangan dua negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara dibincangkan bersama dalam rangka lawatan rasmi sulung Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. ke negara ini dalam mengeratkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Beliau berkata, pelbagai isu bilateral menjadi topik perbincangan terutama melibatkan isu perdagangan dan pelaburan yang mempunyai potensi besar ditingkatkan melalui kerjasama antara komuniti perniagaan Malaysia dan FIlipina.

Negara mengambil pengalaman bagaimana tindakan Filipina meningkatkan sektor ekonomi pasca Covid-19 di bawah kepimpinan Presiden dan ini akan mengukuhkan kolobrasi hubungan dagangan dua negara.

Kedua-dua pihak berbincang tentang potensi industri halal berkaitan isu pensijilan halal, jadi kita perlu mengambil tindakan bersama untuk memastikan supaya industri ini boleh menembusi pasaran ke Asia Barat,” katanya dalam sidang akhbar bersama di bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Anwar berkata, dalam peringkat kerjasama peringkat antarabangsa dan serantau, kedua-dua negara sepakat untuk mengukuhkan persefahaman dan kerjasama dalam pelbagai isu berkepentingan bersama.

Sementara itu, Marcos Jr. dalam sidang akhbar bersama turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas jemputan bagi mengadakan lawatan negara sehingga esok.

Dalam pertemuan bersama Al Sultan Abdullah pagi tadi, kami berbincang mengenai hubungan diplomatik yang lama terjalin selain keutuhan ekonomi antara Malaysia dan Filipina. Perbincangan itu juga melibatkan aspek kebersamaan yang dimiliki rakyat Malaysia dan Filipina hingga menjadikan hubungan persaudaraan menjadi lebih erat,” katanya.

Pada masa sama, Marcus Jr. turut mengimbau kejayaan lawatan Anwar ke Manila baru-baru ini selain menyifatkan kedua-dua mereka turut bersetuju menyertai satu Mesyuarat Suruhanjaya Bersama yang dijangka pada Oktober depan.

Kami mengadakan perkara itu bagi menunjukkan ada perkara boleh dibincangkan khususnya meliputi perkara seperti jenayah antarabangsa, pertanian, industri halal, perbankan Islam, pendidikan, pelancongan, sukan dan ekonomi digital.

Pada masa sama, Malaysia juga turut menawarkan kepakaran untuk membantu Filipina dalam meningkatkan keupayaan khususnya dalam sektor-sektor penting,” katanya. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.