Mula merokok sejak usia 16 tahun, penyanyi Tom akhirnya menghentikan tabiat tersebut selepas berdepan alahan teruk sepanjang kehamilannya kali ini. Menerusi perkongsian di Insta Story, Tom berkata meskipun berdepan alahan teruk namun ia memberi kebaikan apabila dia dapat berhenti merokok. Menurut Tom, kehamilan kali ini dia tidak tahan degan bau asap rokok sehingga membuatkan dia tidak menyentuh langsung rokok.
Dalam pada itu, Tom juga berharap dia dapat berhenti daripada merokok dan berhenti daripada tabiat tersebut selepas ini. “Selepas ini insya-Allah tidak mahu sentuh rokok lagi dan kalau boleh sampai bila-bila,” tulisnya. Terdahulu, Tom mendirikan rumah tangga dengan Fuad Rahman sebuah majlis tertutup pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.