Suami pelakon Fatin Afeefa, Opai disifatkan mencabar pihak berkuasa apabila gagal untuk hadir ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membantu siasatan berhubung kontroversi penggunaan nombor plat ‘QPA1’ yang bukan didaftarkan atas kereta McLaren miliknya. Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang berkata, bahawa sehingga kini lelaki itu belum hadir ke Pejabat JPJ untuk dirakam keterangan selepas notis panggilan temu siasat diserahkan, lapor Berita Harian.
“Kita sudah menyerahkan notis itu ke alamat rumahnya namun selepas 14 hari dia tidak datang.” ujar Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur. Tambahnya, pihaknya akan meminta bantuan polis kerana mereka ada kuasa untuk mengeluarkan waran dan mengesannya di rumah. Beliau percaya Opai masih berada di ibu negara dan menganggap tindakan mengabaikan notis temu siasat itu sebagai mencabar JPJ. Pada 20 Jun lalu, media melaporkan JPJ Kuala Lumpur mengesahkan nombor plat yang digunakan pada sebuah kenderaan jenis McLaren adalah bukan nombor sebenar kereta tersebut.
Susulan itu, pihaknya telah menggesa agar Opai tampil membuat laporan namun dia memuat naik satu klip video menafikan dakwaan dipanggil pihak berkuasa berhubung isu itu. JPJ bagaimanapun memaklumkan tindakan mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain tetap menjadi kesalahan dan boleh dikenakan tindakan saman. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.