Erra Fazira muat naik video bertiktok dengan ank, sekali ramai yang tawarkan diri nak jadi menantu

Baru-baru ini, pelakon, Erra Fazira memuat naik satu video menari di TikTok bersama anaknya, Engku Aleesya. Video tersebut meraih perhatian warganet kerana mereka terpukau melihat kecantikan yang dimiliki oleh Aleesya. Menurut warganet, remaja tersebut mewarisi kecantikan ibunya. Betul tak? Menerusi video berdurasi 0:14 saat, kecantikan Aleesya jelas terpancar sewaktu menari bersama ibunya. Menurut Erra, dia melakukan video tersebut mengikut kehendak anaknya. Klik sini untuk lihat video.

“Macam biasa. Mom will be over the pagar kalau berTikTok. Aleesya nak ajak join TikTok. Maksimum tiga kali saja try. Lebih kaluuu, dia tak nak buat dah.” Di ruangan komen, rata-rata warganet berseloroh dan menawar diri untuk menjadi menantu kepada pelakon filem ‘Sembilu’ itu. Ujar warganet, Aleesya kelihatan sangat sopan, pemalu dan tidak lincah ketika melakukan video tersebut.

Komen warganet:

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.