Ada adegan mesra dengan Amerul Affendi, Uqasha Senrose akui dia lakonkan cerita tu sebelum mendirikan rumahtangga

Pelakon Uqasha Senrose menyatakan adegan berkemban dan berpelukan dengan aktor Amerul Affendi dalam filem Sumpahan Jerunei semata demi tuntutan watak. Menurut Uqasha, dia memenuhi tuntutan babak panas itu sebelum mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Kamal Adli iaitu empat tahun yang lalu. Kata aktres berumur 31 tahun itu, dia seorang yang pantang dicabar termasuk melakukan aksi merbahaya. “Dua babak ini memang keperluan skrip yang mencantikkan perjalanan kisah, watak, plot dan skrip. Sebenarnya babak itu bukan berkemban semata-mata, tetapi ada lagi seperti membabitkan kewujudan hantu. Namun, ia dipotong

Lagipun ketika itu saya belum mendirikan rumah tangga dan masih dalam fasa berkawan dengan Kamal, jadi memang tidak terikat dengan sesiapa. Saya pula pantang dicabar yang membuatkan saya menyahut cabaran termasuk melakukan aksi merbahaya, bukan hanya babak ‘daring’.” Bagaimanapun, selepas berkahwin, pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen telah meletak garis panduan agar tidak melebihi batas sebagai isteri ketika menjayakan satu naskah. “Seiring masa dan status sebagai isteri saya akan menjaga batasan. Apabila sudah berkahwin, memang berbeza batasnya.”

Uqasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media dan tayangan perdana filem Sumpahan Jerunei yang diadakan di Mid Valley, baru-baru ini. Dalam pada itu, kakak kepada Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose menyatakan dia telah melakukan ‘kerja tak masuk akal’ apabila berenang di dalam sungai yang menjadi tempat bahan buangan sampah serta takungan air najis kampung. “Babak dalam sungai itu adalah hari pertama penggambaran yang membuatkan saya terkejut, tetapi akhirnya berjaya melaksanakan aksi mencabar ini.

Jadi memang kena tonton filem ini kerana babak mengejutkan dan aksi tidak dijangka berturut-turut muncul membuatkan jantung berdegup kencang.” Selain Uqasha, antara barisan pelakon hebat yang membarisi filem Sumpahan Jerunei adalah Bront Palarea, Syafie Naswip, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, Yuyun Hikmah dan Ruminah Sidek. Filem bergenre seram arahan Jason Chang itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 27 Julai depan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.