Rasa nak jumpa Adik Miza lepas tengok video dekat ig, ini pula luahan dari bapa mertua Shuib

PERTEMUAN antara pelawak dan penyampai radio Suria FM Shuib dengan kanak-kanak mirip dengan Allahyarham isterinya Siti Sarah Raisuddin mengundang rasa gembira di hati bapa mentuanya. Raisuddin Hamzah, 67, berkata, Shuib kelihatan teruja apabila berkesempatan bertemu dengan kanak-kanak berkenaan iaitu Normiza Najla Mustafa, 9, yang berlangsung pada Rabu. “Dia nampak terlalu teruja apabila bertemu dengan Miza… saya perhatikan sahaja Shuib. Dia nampak macam gembira sangat.

“Dia pandang sahaja pada Miza sambil tersenyum dan kadang-kadang menggelengkan kepala. Shuib panggil kanak-kanak itu duduk sekali dan merakamkan foto bersama. “Saya pun seronok bila nampak dia gembira,” katanya. Dalam pada itu, Raisuddin berkata, sebelum ini dia dan isteri Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra dengan panggilan Makder memberitahu Shuib tentang mahu bertemu dengan Miza di Kedah. Bagaimanapun katanya, Shuib ketika itu masih belum menunjukkan sikap teruja sehinggalah dia menonton sendiri video dia dan kanak-kanak itu yang dimuat naik di Instagram dan minta agar mereka dipertemukan.

“Pada mulanya saya cakap dekat Shuib saya nak pergi ke Sik, Kedah untuk berjumpa dengan kanak-kanak yang wajahnya mirip Sarah. “Waktu itu dia belum teruja dan tak kisah kalau saya mahu berjumpa dengan Miza… tapi bila dia tengok video yang saya upload, dia sendiri minta berjumpa dengan Miza,” ujarnya. Sementara itu, Raisuddin memberitahu penyampai radio berkenaan turut memberikan wang tunai sebanyak RM1,000 kepada Miza sebagai hadiah.

“Shuib ada memberikan sampul kepada Miza dan apabila ditanya, Miza memberitahu Shuib telah memberikannya wang sebanyak RM1,000,” katanya. Untuk rekod, Sarah pergi menghadap illahi pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 ketika sedang hamil anak bongsunya Ayash Affan. Selain Ayash, mereka juga memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin. Pada 23 Jun lalu, Shuib mendirikan rumah tangga dengan usahawan Watie Hanifiah.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.