Uyaina Arshad mula rasa cuak bila dengar bunyi orang ketuk pintu tengah pagi, terkejut rupanya individu ni yang ketuk

Pengacara Uyaina Arshad yang kini berada di Indonesia untuk sebuah program realiti berkongsi momen menyeramkan apabila dia mendengar ketukan pintu bilik hotelnya sekitar 12.30 pagi. Mula berasa cuak namun perasaanya bertukar menjadi gembira apabila mengetahui individu yang mengetuk pintu itu adalah suaminya iaitu penyanyi rap Raja Syahiran yang membuat kejutan kepadanya.

“Syahiran and his surprises (and cool Jordans). Semalam (Jumaat) lepas show #DAA6 around 12.30 pagi, Yana dah clean up apa semua ready nak tidur. Lepas itu tiba-tiba dengar ada orang ketuk pintu. “Mula-mula tu cuaklah juga. Siapa pula duk ketuk-ketuk pintu malam-malam ni. Takut nak buka. Intai kat peephole tu pun tak nampak apa sebab dia tutup dengan jari. Scary kan? “Lepas tu, dia cakap ‘Surprise!’… tunggu saya tahu suara itu. That’s TLoML who I have missed so very dearly. I was really surprised! Yeay! Baba Urhan is here,” katanya.

Uyaina turut meluahkan rasa syukur kerana dapat meluangkan masa bersama suami dan anak mereka, Raja Urhan. Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Shahiran pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Raja Urhan pada 8 September 2022. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.