Nak cuba buah viral punya pasal, wanita hampir hilang nyawa sebab alahan teruk

Nyawa seorang wanita hampir melayang gara-gara mencuba buah ‘donut peach’ yang tular ketika ini. Menerusi perkongsiannya di TikTok, wanita tersebut berkata hanya dalam masa 15 minit selepas mencuba buah itu dia mengalami alahan yang teruk pada badan sehingga dikejarkan ke hospital. “‘Donut peach’ dalam kenangan, sekali makan hampir hilang nyawa. Tak semua orang boleh makan, orang itu adalah aku. Sekali makan dalam 15 minit, sebu, muntah-muntah, naik biji-biji gatal dan terus kena pergi kecemasan (hospital).” Klik sini untuk lihat video.

Ekoran itu, dia terpaksa menerima suntikan untuk meredakan biji-biji yang timbul pada bahagian badan yang menyebabkan rasa gatal. “Kena suntik baru rasa macam manusia balik, kalau tak suntik macam beruk sebab menggaru. Doktor cakap berhenti garu-garu, tapi sumpah tak boleh berhenti. Muka rasa pedih, perut sebu, angin tak keluar. Muntah-muntah lagi.” Dalam pada itu, dia menjelaskan bahawa buah tersebut adalah pemberian daripada rakannya dan dia sama sekali tidak menyangka akan mengalami alahan seteruk itu.

Bila jadi macam ini saya pun tak sangka, nasib baik suami ada, kalau tidak tak tahu macam mana. Bukan saya tergla-gla nak terjebak sebab viral, kawan saya yang bagi dan saya hanya hargai pemberiannya. Saya pun tidak menyalahkannya.” Menjengah ke ruangan komen, ada warganet yang turut berkongsi pengalaman yang sama ketika menikmati donut peach. Sementara itu, mereka juga menasihati wanita berkenaan untuk membuat pemeriksaan lanjut bagi mengetahui tentang alahan yang dia alami supaya kejadian yang sama tidak berlaku lagi.

Sumber: OhBulan.