Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie Hanifiah berkata dia tidak menolak rezeki jika dikurniakan zuriat. Memetik Kosmo, bagaimanapun usahawan itu berkata dia mengambil keputusan untuk menjaga anak-anak tirinya terlebih dahulu. “Pasal perancangan anak, saya ambil keputusan untuk jaga anak-anak yang sedia ada dulu. Tapi kalau dikurniakan rezeki untuk dapat zuriat… Alhamdulillah saya tak menolak,” katanya. Dalam pada itu, Watie berkata sejak awal perkahwinan lagi suaminya meminta untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
Pada 23 Jun lalu, Shuib selamat mendirikan rumah tangga bersama Watie dengan sekali lafaz dalam majlis yang diadakan di Putra Glass House, Shah Alam. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.