Ramai suami kat Malaysia kena marah, kali ni Abang Tesla tampil buat permohonan maaf pada kaum lelaki

Pempengaruh TikTok yang dikenali Abang Tesla sekali lagi menjadi bualan hangat wargamaya apabila dia memuat naik sebuah video permohonan maaf kepada para suami. Maaf kepada kaum lelaki. Menerusi hantaran TikTok, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry memohon maaf kepada kaum lelaki yang telah menerima tempias berikutan video tular tentang perkahwinan keduanya sebelum ini. Menurutnya, terdapat segelintir suami yang mendakwa mereka dimarahi oleh isteri sehingga tidak dibenarkan keluar rumah. Klik sini untuk lihat video.

Saya minta maaf kepada kaum lelaki, saya nampak disebabkan video saya ramai yang kena marah dengan isteri. Hari ini tak boleh keluar rumah la.. hari ini dengar lagu Kau Tigakan Cintaku. Sebab saya berkahwin dua, anda semua dimarah. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya tidak berpuas hati dengan kenyataan pempengaruh tersebut meskipun dia tegas menyatakan bahawa isteri pertamanya reda dengan perkahwinan itu. Sebelum ini, Abang Tesla telah mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan sudah bernikah sekali lagi.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.