Noor Kumalasari merupakan salah seorang dari adik beradik Anita Sarawak

Anita Sarawak atau nama sebenarnya ialah Ithnaini binti Mohd Taib merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara kelahiran dari Singapura yang berketurunan melayu. Kampung asal sebelah bapanya di Temerloh Pahang dan disebelah ibunya di Kuching Sarawak dan Georgetown Pulau Pinang.

Anita Sarawak mempunyai seorang adik yang sama bapa dan seorang kakak yang sama ibu serta beliau juga mempunyai 13 adik-beradik angkat yang lain. Selain itu, Anita Sarawak telah dikurniakan pelbagai jenis anugerah di dalam dan luar negara.

Anita Sawak dilahirkan di dalam keluarga yang mengalir darah seni iaitu Allahyarham . Roomai Noor merupakan seorang penerbit filem dan pelakon terkenal. Manakala ibunya pula Allahyarhamah Siput Sarawak merupakan seniwati masyur filem melayu dahulu kala.

Anita Sarawak memulakan kerjayanya seawal 15 tahun di singapura dan seterusnya beliau pergi ke Amerika Syarikat dan mengikat kontrak dengan Caesar’s Palace di Las Vegas, sebuah hotel dan kasino yang termahsyur di dunia. Setelah 20 tahun berada di luar negara, Anita Sarawak pulang dan menetap di Kuala Lumpur bagi meneruskan kerjayanya sebagai penghibur di sini.

Anita Sarawak juga telah menghasilkan banyak lagu di dalam bahasa melayu dan inggeris dari tahun 1969. Beliau juga berjaya melahirkan album solo di setiap disetiap 4 dekad yang berbeza berturut-turut selain M. Nasir dan Allahyarhamah Sharifah Aini

Adik kepada Anita Sarawak yang sama bapa dengannya adalah penyanyi, pelakon pengacara dan model terkenal dahulu kala iaitu Noor Kumalasari. Noor Kumalasari juga pernah memenangi beberapa anugerah seperti Pelakon pembantu wanita terbaik, dan pelakon wanita terbaik drama tv pada tahun 1974, 1984 dan 1991.

Pada May 2023 yang lalu, tergempar apabila Noor Kumalasari memberitahu kepada media bahawa dia sangat bersyukur kerana mendapat panggilan telefon dari kakaknya itu Anita Sarawak. Di fahamkan beliau berjumpa dengan Anita Sarawak pada 10 tahun yang lalu sebelum dia berpindah ke Las Vegas.

Anita Sarawak memberitahunya bahawa beliau dan suaminya kini bahagia hidup sebagai orang biasa dan bukan lagi berstatus selebriti di Las Vegas. Dengan panggilan telefon tersebut telah menyangkal dakwaan beberapa individu terdahulu yang mengatakan bahawa Anita Sarawak telah meninggal. Kini beliau bahagia dengan cara yang dipilih bersama keluarganya di Las Vegas.

Apa-apa pun, semoga Anita Sarawak dan Noor Kumnalasari dapat berjumpa kerana kasih sayang antara adiuk beradik tidak dapat dipisahkan. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut