Tak sangak rupanya macam ini kisah perjuangan Lisa Blackpink hingga terkenal di seluruh dunia

Siapa yang tidak mengenali kumpulan kpop wanita yang ternama iaitu Blackpink. Tidak kira usia, pangkat atau negara mana anda berada jika ditanya mengenai kumpulan ini pasti ramai8 mengetahuinya.

Kumpulan Blackpink merupakan kumpulan kpop idol yang berasal dari Korea Selatan dan mempunyai 4 orang ahli kumpulan iaitu Lisa, Jisoo, Jennie, dan Rose. Blackpink mempunyai kelab peminatnya yang tersendiri diberi nama Blink yang sentiasa menyokong mereka did alam industri muzik.

Sekiranya anda seorang Blink pastinya anda telah mengetahui setiap cerita disebalik 4 orang ahli kumpulan ini. Kali ini, Murai MY ingin berkongsikan kisah mengenai salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Lisa mengenai pahit getir yang dia lalui sehingga menjadi terkenal hari ini.

Lisa yang dilahirkan pada 27 Mac 1997 di Satuek District Thailand amat menyukai Kpop sejak dari kecil, terutamanya Big Bang dan 2NE1. Lisa telah mengikut Ujibakat dari YG Entertainment kettika berusia 13 tahun. Kira-kira seramai 4,000 peserta yang menghadiri ujibakat tersebut dan hanya Lisa seorang sahaja yang berjaya dan diminta untuk ke Korea Selatan.

Tahun 2011 ketika berusia 14 tahun, Lisa diminta untuk menjadi Trainee selama 5 tahun. Lisa juga berlatih selama 12 jam sehari untuk mengasah kemampuannya dalam menyanyi, menari dan rap. Selain itu, sebagai Trainee lisa juga terpaksa mengikut khusus diet khas bagi menjaga badannya supaya kelihatan sempurna.

Kesemua Trainee mereka akan dinilai mengikut Gred A, B, atau C dalam nyanyian, tarian dan lain-lain. Terdahulu salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie telah memberitahu bahawa Semasa Trainee, Lisa sering mendapat nilai Gred A dalam semua kategori. Tambahan pula semasa menjadi Trainee pada tahun 2013, Lisa pernah muncul sebagai penari pendamping dalam muzik video Taeyang yang berjudul “Ringa Linga”.

Blackpink akhirnya melakukan debut mereka saat Lisa berusia 19 tahun dan ketika itu, Lisa menjadi Trainee pertama untuk Agensi YG Entertainment yang berasal dari luar Korea. Kertiuka itu, Lisa langsung tidak fasih berbahasa Korea dan dia mengalami kesukaran dalam sehari-hariannya ketika ingin berkomunikasi dengan baik dalam bahasa tersebut.

Sebelum debutnya, Lisa berulang kali memikirkan untuk pulang sahaja ke Thailand dan lupakan cita-citanya akan tetapi dia tetap kuatkan semangat untuk berlatih sehingga debutnya. Oleh kerana sifatnya yang tidak pernah berputus asa untuk merealisasikan cita-citanya itu, kini segala usahanya dibayar kembali apabila Lisa telah menjadi salah seorang Penyanyi Kpop yang dikenali di seluruh dunia.

Kredit murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.