Merupakan seorang yang tegas, Amelia Christie dedah momen awal perkenalan dengan Sharnaaz Ahmad

Pelakon baharu Amelia Christie yang dikatakan sedang bercinta dengan aktor Sharnaaz Ahmad, mendedahkan momen awal perkenalan mereka. Menerusi siaran langsung di TikTok, aktres itu dilihat sedang mempromosikan produk minuman sambil berinteraksi dengan pengikutnya di ruangan komen. Kemudian salah seorang pengikut meminta Amelia untuk berkongsi detik pertama kali berkenalan dengan pelakon berusia 38 tahun tersebut. “Kami ‘terkenal’, tuhan takdirkan kami berjumpa jadi kami berjumpa lah masa itu. Kami jumpa ketika penggambaran. Itu sahaja tak ada apa-apa pun. Klik sini untuk lihat video.

Kami kenal sebagai kawan dan kenal hati budi masing-masing. Sekarang pun masih mengenal hati budi.. dia orangnya macam mana, saya orangnya macam mana.” Ketika disoal tentang keperibadian Sharnaaz, Amelia dengan ringkas menjawab aktor itu adalah seorang yang tegas. Terdahulu, setelah mendapat perhatian ramai ketika hadir bersama di Malam Gala Polis Evo 3, Sharnaaz dan Amelia mengakui mereka sedang berkenalan rapat.

Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama kakak kepada usahawan popular, Neelofa iaitu Noor Nabila pada Mac 2017 namun berpisah pada Julai 2020. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden, 6. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.