Buka tudung adalah pilihan sendiri, Masya Masyitah nekad dah tak nak jadi artis

Penyanyi Masya Masyitah berharap orang ramai berhenti menunding jari dan menyalahkan kedua ibu bapanya susulan tindakannya yang menanggalkan tudung. Menurut Masya, keputusan untuk tidak lagi berhijab adalah pilihannya sendiri dan tidak didorong oleh mana-mana pihak. “Itu (tanggalkan tudung) adalah pilihan saya sendiri. Kalau nak marah ke apa, marah pada saya. Tak payah nak cakap mak saya pun ikut sama galak (mengada) dan jangan salahkan mak ayah saya. Siapa kata ayah saya akan tanggung? Sendiri buat, saya sendiri lah tanggung.”

Masya berkata demikian ketika menjawab beberapa pertanyaan peminat sewaktu melakukan sesi siaran langsung di Instagram miliknya, baru-baru ini. Dalam masa sama, pelantun lagu Halimuman itu berkata dirinya sudah tidak mahu lagi bergiat aktif dalam industri. “Saya nak hidup bebas, saya dah tak mahu jadi artis, tak mahu dunia glamour. Orang kata saya sendu, ya memang saya nak jadi sendu. Sekarang saya nak jadi orang biasa sahaja. Berlambak job yang saya dapat, tapi saya tolak, saya tak mahu ambil. Saya nak berehat.” Terdahulu, Masya atau nama lengkapnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff mengejutkan ramai pihak selepas memuat naik beberapa foto tidak lagi mengenakan hijab di Instagram miliknya pada 30 Julai lalu.

Tindakannya itu telah mendapat kritikan bertalu-talu daripada wargamaya sehingga ada yang sepakat untuk ‘unfollow’ Masya di media sosial. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.