Sekali ada pula individu tuduh Shuhada burukkan bekas suaminya

Bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri kini dilihat meneruskan kehidupan yang bahagia bersama anak-anak setelah sah bercerai talak satu dengan Hafidz pada akhir Julai lalu.

Tiba di Jepun sejak 13 Ogos lalu, Shuhada menerusi hantaran di Instagram dilihat menonton wayang bersama Humaira dan Umar di salah sebuah pawagam yang terletak di Shinagawa, Tokyo.

Di sebalik ramai yang berkongsi rasa bangga melihat ibu kepada dua cahaya mata ini menghabiskan masa dengan bercuti di luar negara, perkongsian Shu mendapat komen negatif dari salah seorang netizen yang secara tiba melemparkan tuduhan dengan mendakwa Shu memburuk-burukkan bekas suaminya.

Tidak berdiam diri, Shuhada dilihat membalas komen netizen berkenaan dengan mempersoalkan identitinya, malah turut menitipkan pesanan agar individu berkenaan tidak melampaui batas. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.