Syatilla Melvin Kongsi gambar Bersama Shaheizy Sam, Kapsyen IG Buat warganet Terhibur

Pelakon dan usahawan kosmetik, Syatilla Melvin baru-baru ini dilihat memuatnaik hantaran terkini yang memaparkan dirinya bersama suami yang juga pelakon, Shaheizy Sam. Menerusi foto yang dimuatnaik di Instagram, Syatilla atau lebih mesra disapa Tilla itu dilihat seolah-olah memberikan ‘amaran’ terhadap mana-mana individu yang bergambar secara ‘melekat’ dengan suaminya itu.

Di ruangan komen, rata-rata warganet berkongsi rasa terhibur dengan kapsyen ‘ganas’ Syatilla malah ada yang sempat berseloroh meminta pelakon ini untuk ‘belasah’ kedua-dua pihak jika ianya berlaku. Sekadar info, Syatilla Melvin mendirikan rumah tangga dengan Shaheizy Sam pada 8 Februari 2016 yang juga tarikh lahir Syatilla.

Pasangan ini turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy, dan Salama Samheizy.

Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.