Ini luahan Diana Danielle tenang dan mahu memulakan hidup baharu

Perasaan tenang dan mahu memulakan hidup baharu. Itulah luahan perasaan Diana Danielle selepas berakhir kemelut panjang apabila sah bercerai dengan Farid Kamil hari ini.

Dalam masa sama, dia turut mendoakan bekas suaminya dapat memulakan hidup baru selepas ini. Kami boleh jadi insan yang lebih baik selepas ini. Saya tak nak cakap lagi perasaan selepas bercerai. Keadaan itu sebab saya rasa ia terlalu peribadi.

Cuma ia berat, bukan perkara yang senang kami buat. Dan alhamdulillah dah berakhir di sini. Saya mendoakan yang terbaik untuk dia, untuk saya dan anak-anak. Tiada air mata yang mengalir. Saya dah bersedia dari segi mental untuk perkara ini. Perasaan itu hanya diluah di belakang pintu,” katanya ditemui selepas prosiding selesai.

Diana berkata, perjalanan selepas ini dilalui seperti biasa terutama membabitkan tanggungjawab dan amanah terhadap anak-anak. Yang penting kita cuba yang terbaik untuk anak-anak. Berkenaan hak penjagaan anak-anak, peguam saya akan uruskan. Saya takkan pisahkan anak dengan bekas suami.

Jika ditanya untuk kami digandingkan dalam drama atau filem, sejujurnya saya tak tahu, seandainya pun tak tahu. Saya tak pasti lagi. Nak kata saya okey atau tak pun tak pasti lagi. Kita tengok juga la. Mungkin dengan masa kita lebih matang dan selesa. Tapi kalau tanya saya sekarang saya memang tak tahu,” katanya tenang.

Sementara itu, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana dan peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Farid berkata, persoalan penjagaan hak anak-anak akan direkod di Mahkamah Tinggi pada 21 Ogos ini. Itu dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Kami akan buat apa yang patut di sana nanti seperti yang dipersetujui.

Buat masa ini kami takkan dedahkan apa-apa lagi. Semua sekali akan diselesaikan secara global. Kes nusyuz kedua-dua pihak dah tarik balik. Tiada apa lagi,” kata Akberdin.Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.