Tular pemuda, gigih hasilkan perkongsian agama meskipun menghadapi pelbagai kekangan

Kegigihan dan kecekalan seorang pemuda kurang upaya (OKU) harus dipuji dalam menghasilkan perkongsian agama meskipun menghadapi pelbagai kekangan. Pencipta kandungan Tiktok, Zaid Harithah, 31, memulakan kerjaya kreatifnya dalam dunia Tiktok sejak 2021 lagi.

Menyedari tidak semua orang berani menyampaikan perkongsian mengenai agama, dia yang menghidapi cerebral palsy tetap yakin meneruskan minatnya untuk menghasilkan kandungan (content) meskipun menghadapi pelbagai cabaran.

Hasilnya, video terbarunya berkaitan Nabi Sulaiman berjaya meraih 1 juta tontonan di Tiktok serta mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Saya sejak kecil membesar dengan cerita 25 rasul dan selepas itu saya suka tengok program ilmu dan video agama.

Apabila kurang faham, saya akan tanya dan rujuk pada ustaz atau kawan yang lebih tahu,” katanya. Katanya, tidak mudah untuk melakukan perkongsian di media sosial apatah lagi mengalami kesukaran untuk bercakap dengan jelas.

Saya sebenarnya banyak kali dah buat fakta berkenaan nabi tapi di Twitter dulu. Selepas itu buat gambar dan ada video 30 saat saja tapi minggu ini saya yakin diri sendiri untuk bercakap depan kamera dengan fakta nabi, tak tahu macam mana (video) boleh tular.

Ada beberapa orang sahaja yang tidak faham walaupun saya sudah masukkan tulisan dalam video. Bagi saya itu perkara biasa, ada yang suka dan ada yang tidak,” katanya. Dia juga berharap usahanya itu mendapat sokongan sekali gus menjadi semangat kepadanya untuk terus berkongsi kandungan positif di media sosial.

Segala perkongsian dilakukan menerusi media sosial Twitter, Instagram dan Tiktok @zaidharithahcp. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.