Warganet Terhibur Lihat MK K, Catwalk Guna Abaya Isteri

Penyanyi Rapper terkenal Malaysia Muhammad Hairi Amin bin Hamdan atau lebih dikenali sebagai MK K-Clique merupakan seorang penyanyi dan pelakon kelahiran dari Tawau, Sabah dan beliau juga adalah merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan K-Clique.

Sejak mendirikan rumahtangga bersama Siti Hajar pada 16 Jun yang lalu, MK sering memuat naik video dirinya dan isteri di laman media sosial instagram miliknya. Video bergurau-senda dan mesra pasangan itu telah menimbulkan rasa teruja buat peminatnya yang melihat mereka semakin akrab sebagai suami isteri.

Baru-baru ini, tular satu video di laman media sosial tiktok milik isteri penyanyi rapper Malaysia Siti Hajar meraih perhatian netizen. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 827 ribu, tanda suka sebanyak 70 ribu dan komen sejumlah 5 ratus. Di dalam video berkenaan memaparkan MK yang memakai abaya putih milik isterinya membuat pertunjukkan fesyen sambil ‘Catwalk’ bagi memperagakan pakaian tersebut disambut oleh tawa Siti Hajar yang melihat keadaan itu.

Rata-rata netizen terhibur melihat telatah MK memperagakan abaya itu. Mereka juga tidak menyangka bahawa suami mereka juga sebenarnya perangai seperti MK yang gemar memakai pakaian milik isteri lalu membuat lawak dengannya. Selain itu, netizen juga kagum dengan Siti Hajar yang mampu untuk menahan dari ketawa besar apabila melihat telatah MK itu.

Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.