Intan Najuwa Akui Tidak Selesa Status digelar Datin Muda

Itu permintaan pelakon Datin Intan Najuwa yang baru bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman, 39, pada majlis pernikahan romantis di sebuah resort di Desaru Coast, Kota Tinggi, Johor, minggu lalu.

Intan atau nama sebenar, Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, mengaku lebih selesa dipanggil Intan kerana canggung disapa Datin. Selepas hampir seminggu mendirikan rumah tangga, Intan masih menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai isteri. Jumaat lalu, Intan dan Ahmad Azraf diijabkabulkan pada majlis eksklusif di sebuah resort di Desaru Coast, Kota Tinggi.

Pada majlis itu, Intan menerima mas kahwin berjumlah RM20,000 serta wang hantaran bernilai RM222,000. Angka itu diambil sebagai simbolik kepada tempoh perkenalan pasangan dua sejoli itu yang masuk tahun kedua. Kredit Murai PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.