Nabila Razali dikatakan telah mengikat pertunangan dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula

Penyanyi Nabila Razali dikatakan telah mengikat pertunangan dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani, malam kelmarin.Menurut sumber, majlis yang hanya membabitkan ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak berlangsung di rumah baharu Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 30, di Selayang.

Daripada perkongsian saudara terdekat lelaki yang berjaya menawan hati pelantun lagu Peluang Kedua itu, jelas majlis tertutup tersebut diserikan pelamin kecil dan disertakan acara bertukar dulang hantaran. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh mereka disatukan, namun ada yang menyatakan hari bahagia itu bakal berlangsung tahun depan.

Sebelum ini mereka bijak menyembunyikan perhubungan, namun peminat pernah terserempak dengan pasangan terbabit di Genting Highlands, baru-baru ini.Malah maklumat daripada pengikut tegar Nabila yang mesra disapa Bella itu mendakwa kedua-duanya baru beberapa bulan serius menjalin percintaan.

Kecenderungan sama iaitu menggemari sukan permotoran antara perkara yang mengeratkan lagi hubungan dua individu popular ini. Daripada carian maklumat, Nik Iruwan yang berusia 37 tahun adalah pemegang Ijazah Pemasaran dari Universitiy of Hertfordshire, United Kingdom.

Selain terbabit dalam pembangunan pelumba negara melalui sukan go-kart sejak tahun 2008, Nik Iruwan turut menguruskan empayar perniagaan keluarganya. Sementara itu, usaha Kosmo! Online mendapatkan pengesahan penyanyi berusia 30 tahun itu tidak berjaya apabila panggilan telefon serta WhatsApp tidak berbalas.

Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.