Muat naik berita duka di laman ig, terkejut bila tiba tiba Chef Wan dedah dia menghidap knsr limfoma

Cef selebriti terkemuka, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan disahkan hidap knsr limfoma dan akan menjalani rawatan dalam masa terdekat. Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh cef yang berusia 65 tahun itu di laman Instagramnya yang memberitahu berkemungkinan knsr limfoma yang dihidapi masih berada pada peringkat awal memandangkan dia tidak mengalami sebarang simptom. “Pada pukul 3 petang tadi, saya menerima diagnosis daripada doktor yang mengesahkan saya menghidap knsr limfoma.

Saya bakal melakukan imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET) untuk melihat sama ada knsr tersebut telah merebak ke organ-organ lain,” katanya. Difahamkan juga, rawatan kemoterapi akan mengambil masa selama 13 minggu dan dia mempunyai peluang untuk sembuh sebanyak 70 hingga 80 peratus sekiranya dikesan awal. “Doktor juga akan memulakan kemoterapi yang mungkin mengambil masa selama 13 minggu. Saya akan mula mengalami keguguran rambut selepas ini. Jadi, saya sudah bersedia untuk menggayakan rambut palsu seperti Elvis, M. Daud Kilau dan sebagainya pada masa akan datang,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Chef Wan memaklumkan orang ramai tidak perlu risau serta menzahirkan ucapan terima kasih atas doa serta kata-kata semangat yang diberikan. “Anak dan menantu saya terus menangis selepas mendapat tahu saya menghidap kanser. Tetapi, beginilah hidup. Kita perlu jalani setiap cabaran satu demi satu dengan hati yang terbuka. “Kepada semua, jangan risau. Terima kasih atas doa kata-kata semangat,” luahnya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.