Nama Masya Masyitah jadi bualan ramai lepas isu buka tudung, ini pula teguran dari David Teo

Baru-baru ini, penyanyi Masya Masyitah telah mengejutkan warganet dengan penampilan tidak lagi bertudung sekali gus menjadi perbualan hangat selepas memuat naik foto terbarunya di akaun Instagram. Susulan daripada itu, penerbit filem David Teo terpanggil untuk menegur tindakan penyanyi berusia 23 tahun itu menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram miliknya sehingga menarik perhatian ramai. Menerusi hantaran berkenaan, dia memberikan nasihat secara terbuka dan berhemah kepada Masya dengan menyentuh isu ketuhanan dan mendoakan agar penyanyi itu diberi petunjuk.Klik sini untuk lihat video.

David berkongsi sebuah video yang memaparkan foto Masya mengenakan penampilan serba merah jambu dan berambut keperangan dengan latar belakang lagu yang menginsafkan berjudul Maha Melihat nyanyian penyanyi Indonesia, Opick. Walaupun bukan beragama Islam, pesanan diberikan oleh pengasas syarikat produksi Metrowealth Pictures Sdn.Bhd itu disifatkan sebagai individu berpengalaman yang ingin menegur anak muda dalam industri hiburan. Rata-rata warganet tinggalkan komen berbentuk pujian dan meluahkan rasa terharu atas keprihatinan David yang mengambil pendekatan untuk menegur penampilan juara Ceria Popstar musim kedua itu.

Terdahulu, Masya Masyitah atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff tiba-tiba tampil berkongsi gambarnya tanpa bertudung sehingga mengundang kecaman netizen terutama dalam kalangan pengikutnya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.