Tengah hangat pasal Skibidi Toilet, cikgu tadika minta ibu bapa jangan bagi anak tengok sebab ini

Kanak-kanak zaman sekarang memang tak perlu bergantung kepada saluran TV untuk menonton animasi, banyak saluran Youtube yang menyediakan bermacam-macam video animasi. Namun begitu, pemantauan perlu dilakukan untuk memastikan si anak kecil ini tidak terjebak dengan perkara bahaya. Terbaru ini seorang guru tadika yang dikenali sebagai Najwa Ayub menemui satu saluran YouTube yang memaparkan aksi-aksi ganas apabila melihat lukisan salah seorang anak muridnya ini.

“Miss Najwa nampak ada seorang anak tadika lukis ni. Jadi kita duduk lah tanya dengan penuh ingin tahu, Saje lah nak korek cerita disebalik lukisan ni. “Ni TV Man, ni Speaker Man, ni CCTV man, ni Camera Man”. “Dia main tembak-tembak, lawan Skibidi Toilet!”. Menurutnya,saluran ini pada asalnya hanyalah meme kepala manusia keluar daripada mangkuk tandas dan nyanyi berulang kali dan sejak dari situ, mereka mula naik taraf saluran mereka dengan video creepy, horror, grotesque dan main tmbak-tmbak. Jelasnya, semua video dalam saluran ini tiada jalan cerita yang spesifik.

“Semuanya without any comprehensible storyline, dengan lagu latar belakang yang memang sengaja diubah suai untuk overstimulate your sensory and eventually your brain.” Menurutnya, kaedah dan formulasi ini digunakan untuk menarik minat kanak-kanak di bawah umur 7 tahun agar dapat ditonton berulang kali. “Sebab apa? Anak-anak dibawah umur 7 tahun ni, impulse control dia baru nak berkembang. Age group bawah 7 tahun ni memang market segment untuk Youtubers target for easy money.

“Buat content yang tak perlu make sense pun, janji content mesti highly addictive untuk anak-anak kecil ni impulsively tengok ulang-ulang banyak kali. Koranggg! Depa siap ada algorithm/formula tau dakkkk untuk create addictive content for kids under 7.” Jelasnya lagi, saluran Skibidi Toilets ini mungkin tidak begitu terkesan buat remaja dan budak umur 8 tahun ke atas, tetapi untuk anak-anak yang berumur di bawah 7 tahun, ianya sangat membahayakan perkembangan otak mereka.

“Otak mereka sedang berkembang pesat, anak-anak tengah membina fahaman mengenai dunia sekeliling mereka, Jika dunia mereka hanyalah dengan menonton video pendek Youtube atau TikTok yang tidak memberi apa-apa makna. Yang hanya menunjukkan keganasan semata, Apa fahaman yang mereka bina mengenai dunia sekeliling mereka?” Oleh itu, guru ini meminta para ibu bapa di luar sana agar pantau perkembangan anak mereka.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.