Senang je boleh meminta macam tu, Datin Shahida muat naik mesej individu minta dia belikan telefon

Isteri kepada usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida mendedahkan ada seorang individu memintanya membelikan sebuah telefon bimbit. Menerusi hantaran di Instagram, Shahida memuat naik tangkapan skrin layar yang memaparkan perbualan individu berkenaan. Dalam perbualan tersebut, individu itu meminta Shahida untuk membelikannya telefon bimbit model Iphone 14 pro max.  Jelasnya, telefon bimbit itu mahu digunakan untuk urusan perniagaan.

“Belikan saya Iphone 14 pro max boleh tak, saya teringin nak pakai Iphone. Hari itu dah kumpul duit, tapi duit saya hilang. Saya sedih sangat. Saya beli Iphone untuk labur dalam perniagaan. Saya nak sangat buka bisnes. Nak buka kedai macam Datuk dan Datin. Moga Allah permudahkan urusan Datin ya, ini nombor akaun bank saya.” Sementara itu, Shahida menerusi ruang kapsyen memohon maaf kepada individu terbabit kerana tidak dapat menunaikan permintaanya. Malah, kata Shahida, dia sendiri tidak menukar telefon bimbit yang baharu dan masih menggunakan model lama.

“Maaf la dik, nak beli Iphone baru nak minta duit. Saya pun pakai telefon tak bertukar dah lama, awak sibuk nak minta beli baru.” Sumber: Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.