Lisa Blackpink muat naik gambar pakai bikini, sekali nama ibu dia pula yang kena petik dengan warganet

SEJAK kebelakangan ini nama Lisa Blackpink sering menjadi sebutan peminat apabila dilihat semakin berani memperagakan pakaian mendedahkan tubuhnya. Terbaharu Lisa dilihat tampil mengenakan bikini berwarna hijau yang mendedahkan bahagian belakang badannya ketika bercuti di Greece. Tidak hanya itu, Lisa juga berkongsi foto dia sedang berenang di dalam air sambil tersenyum gembira.

Melihat tindakan beraninya itu, peminat secara berseloroh ‘mengugut’ mahu memberitahu ibu Lisa tentang sikapnya yang semakin berani berpakaian menjolok mata. “Lisa nanti mak marah! Pakai pakaian yang sopan, please. “Mesti dia sekat akaun mak dia sebab itu berani pakai bikini,” komen warganet. Sebelum ini Lisa mendedahkan dia masih di bawah pengawasan ibunya meskipun sudah berusia 26 tahun dan bergelar bintang terkenal dunia. Kata Lisa atau Lalisa Manobal, dia gemar memakai bikini ketika berkunjung ke pantai tapi tak berani berkongsi foto di laman sosial.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.